Saturday 2 July 2011

2jam 30minit Sehari untuk Tinggkatkan Traffik blog

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,ramai blogger baru mengeluh tentang trafik blog mereka,walaupun sudah cuba banyak teknik dan tip yang telah di sarankan oleh blogger-blogger otai,bagaimana untuk tingkatkan trafik blog tetapi masih agak susah untuk mendapat serendah 100 page view sehari.

Kalau anda juga berada di situasi begini juga,jangan bimbang saya akan kongsikan teknik yang saya telah implikasikan sendiri pada blog saya,dan sememangnya berkesan. Anda hanya perlukan masa 150 minit atau 2 jam 30minit sehari di depan komputer anda untuk mendapatkan jumlah pageview yang tinggi. Disini saya senaraikan hanya 4 langkah sahaja yang diperlukan untuk tingkatkan trafik blog.
Langkah 1 : Killer Articles / Artikel yang Mantap (1 Jam sehari )
[Image: mindmap2.jpg]

Luangkan masa anda 1 jam sehari untuk membuat brainstorming,researching untuk membuat artikel / post yang mantap. Target anda adalah untuk post-kan di blog andaseminggu sekali untuk Killer Articles,jika agak susah 15 hari sekali pun boleh. Dengan ini anda kena peruntukan 1 jam sehari untuk menghasilkan Killer Articles.

Killer Articles ialah tidak lebih dari artikel yang panjang dan tersusun yang bertujuan memberi impak kepada pembaca / pengunjung blog anda. Contohnya seperti blog design saya, 20 Best Creative Logo DesignTop 10 Download PSD Resources File .
  • Membuat satu senarai sumber yang terbaik,
  • Memberikan tutorial yang terperinci bagaimana untuk melakukan sesuatu,
  • Mencari jalan penyelesaian masalah yang sama niche dengan blog anda dan post-kannya atau
  • Menulis analisis yang mendalam sesuatu topik yang sedang hangat di perkatakan.
Jika pembaca / penghujung blog sukakan artikel anda,mereka yang akan membantu anda meningkatkan trafik dengan menyebarkannya maklumat tersebut kepada rakan-rakan mereka.

Langkah 2 : Networking / Hubungan (30 Minit sehari)

[Image: network.jpg]
Networking / Hubungan adalah sesuatu yang penting jika anda seorang Blogger yang baru nak mula. Peruntukkan 30 Minit sehari dengan :
  • Tinggalkan komen pada Blog orang lain
  • Kongsikan link Blog anda dengan Blog orang lain
  • Berinteraksi dengan Blogger lain melalui Forum,Facebook,IM atau Twitter.
Ingat!! matlamat anda adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik antara blogger-blogger yang lain,jangan hanya untuk mempromosikan blog anda sahaja. Hormati pendapat dan Karya mereka,ini juga boleh meningkatkan imej anda.

Artikel ini di ambil dari blog sebelah untuk mengetahui langkah-langkah yang lain, Baca disini: 150minit Sehari untuk Tingkatkan Trafik Blog | bighandesign

0 comments:

Post a Comment