Salam semua…
Bila dah raya aidiladha ini, mesti ramai yang pulun makan habis – habiskan sampai tersandar kat dinding. Apa pun, saya nak berkongsi sedikit cara kempiskan perut buncit supaya lebih flat sedikit. Sebenarnya, lemak bahagian perut paling sukar untuk dikikis dengan jayanya tetapi dengan usaha, semua itu tidak mustahil.
Niat dan usaha merupakan kombinasi yang penting supaya perut kelihatan flat. Perut yang gendut disebabkan oleh lemak yang menutupinya jadi di sini, langkah pertama semestinya kena menjaga pola makanan. Diet ini bukanlah paling bagus untuk kecilkan perut tetapi membantu perut supaya tidak lagi buncit.hehe! Cara mantap untuk kempiskan perut adalah dengan membakar lemak secara teratur.
Selain itu, cara yang paling sesuai untuk kempiskan perut adalah dengan olahraga, aerobik, berlari atas treadmill dan juga beberapa latihan kardio untuk mempercepatkan proses kempiskan perut. Tetapi bagaimana dengan sit up? Sit up sememangnya penting tapi sebenarnya fungsi utama sit up adalah untuk mengencangkan otot di bahagian perut.
Setiap kali melakukan exercise, latihan perlulah konsisten iaitu contohnya 3 set bagi setiap latihan dengan 20 ulangan bagi 1 set. Kalau larat, jangan hanya tumpu pada satu latihan saja dan perlu saya ingatkan, jangan mudah mengalah apabila badan mula terasa sengal-sengal. Semakin terasa perit, semakin kencang otot anda bekerja.
P/s: Jangan lupa untuk memantau keperluan kalori harian anda bagi result yang maximum plus sewaktu latihan banyakkan minum air mineral daripada sport drinks! Dah follow step ini, then silalah proceed untuk
Read more: http://darkbatman.com/cara-kempiskan-perut-buncit/#ixzz1Qtl8IUT6
0 comments:
Post a Comment