Friday 1 July 2011

Kesan tidur lewat malam

Siapa disini suka tidur lewat malam ? ? ?
Aku merupakan salah seorang manusia yang suka jadi kelawar malam dan kali ini aku nak beritahu kesan – kesan yang berlaku atas diri aku dan mungkin anda atau kamu akibat tidur lewat malam .

TAK CUKUP TIDUR
- - Haha , sah – sah la kan . Bagi yang pelajar atau pekerja tu , malam ni kamu dah tidur lewat esok nak bangun awal pula pergi kelas dan kerja . Berapa jam je dapat tidur ? Kesan tak cukup tidur dan tidur lewat malam ni sama saja sebenarnya .

TIDAK CERGAS (Kesihatan)
- - Tidur malam sangat penting untuk kita kekal cergas , macam mana sekalipun kita berjaga waktu malam sehingga subuh dan tidur secukupnya pada waktu pagi hingga ke tengah hari . (tidur selepas subuh kan tak elok juga) . Tidur lewat boleh buat tekanan darah jadi rendah . Bagi perempuan , mengikut tinjauan aku period mereka akan terganggu (ini tinjauan aku , kalau salah maaf ya)

BERKEMUNGKINAN AKAN MENGALAMI MASALAH TIDUR
- - Kalau anda tak ada masalah tidur sebelum ini dan tetiba mengamalkan habit tidur lewat malam , anda berkemungkinan bakal mendapat masalah tidur seperti Insomnia atau Hypersomnia .

GANGGUAN MENTAL , EMOSI DAN FIZIKAL
- - Tidur lewat malam boleh jadikan kita GEMUK(aku tengah malam selalu lapar) dan susah nak KURUSkan badan(reaksi dalaman badan kita) .
- - Dari segi emosi pula , mereka akan jadi lebih pemarah , mood tak menentu (sway) dan macam – macam lagi emosi negatif (tak kan dapat positif la)
- - Tak perlu nak siapkan kerja sampai lewat malam sebab apa yang bakal anda korbankan apabila tidur lewat malam ialah mental yang akan jadi lembab dalam erti kata lain , B.L.U.R . (PERCAYALAH !)

SENANG DAPAT PENYAKIT DAN LAMBAT SEMBUH
- - Memang senang dapat penyakit dan susah nak sembuh selagi anda mengamalkan habit ini . Kurang tidur dan lewat tidur ini juga akan memberi kesan apabila kita sudah tua kelak (kata doktor) . Sekarang tak nampak sangat , nanti dah tua baru tahu .
(For me myself , aku pernah batuk berkahak selama 3 bulan , muntah kahak dan kesihatan aku memang ditahap yang rendah . Makan ubat pun tak beri kesan . Bila disiasat rupa – rupanya sebab tidur lewat dan aircond menjadi puncanya (bukan tibi ya) ).
Inilah kesan – kesan yang aku alami sepanjang tidur lewat malam . Jadi , cuba elakkan tidur lewat malam ya kawan – kawan .
~peringatan untuk aku juga~

0 comments:

Post a Comment