Friday 1 July 2011

Minum banyak air untuk elak perut buncit

Assalamualaikum,
Hari ni saya nak berkongsi satu lagi artikel yang baru saja saya baca yang mengatakan minum air yang banyak boleh membantu untuk mengelakkan perut dari buncit.
Malahan menurut artikel yang saya baca tu jika perut anda boroi, sepatutnya anda minum lebih banyak air bagi membuang toksid didalam badan. Selain dari itu, pengambilan air yang banyak membantu mencairkan sodium didalam tubuh sehingga ia mampu meningkatkan jumlah air yang akan keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu untuk mengeluarkan toksin dengan  lebih berkesan.
Bagi mereka yang sedang diet pula, minum banyak air sangat digalakkan kerana jika badan kekurangan air banyak bahan makanan yang sukar dicernakan oleh tubuh dan akan menyebabkan perut menjadi lebih buncit.
Hmm… patutlah semua produk menguruskan badan menggalakkan penggunanya mengambil air yang banyak.
Kak Faz

0 comments:

Post a Comment